RPH

CONTOH RPH TAHUN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KELAS/
MASA/
MATAPELAJARAN

KANDUNGAN

IMPAK/CATATAN

BAHASA
MALAYSIA

7.40 – 8.40

1 SMART

Tema :  Mari Bertani

Tajuk :  Pokok pelbagai guna – Pokok Pisang

Kemahiran :
Fokus Utama  :-
Standard Kandungan :
2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

 Standard Pembelajaran :
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan.

Fokus Sampingan:-
Standard Kandungan :
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran :
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Objektif:
   Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. Menyenaraikan 5 kegunaan pokok pisang.

ii. menyatakan cara-cara membuat kerepek pisang dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Aktiviti:
Set Induksi
- Guru bertanyakan tentang sarapan murid pada pagi itu.
- Guru membawa murid ke Taman Sains Sekolah untuk menunjukkan benda maujud iaitu Pokok Pisang. Guru mengaitkan dengan pengajaran pada hari itu iaitu pokok pelbagai guna.

Langkah:
1.           Guru bersoal jawab berkaitan pokok pisang dan pokok pelbagai guna yang lain.
2.           Guru membimbing murid menyenaraikan kegunaan pokok pisang.
3.           Aktiviti kumpulan, murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Bincangkan kegunaan pokok pisang, buluh dan pokok kelapa. Perbentangan hasil perbincangan.
4.           Murid diminta membawa makanan yang berasaskan pisang.
        Kerepek, jemput-jemput pisang, kek pisang dan lain-lain
5.           Guru bersoal jawab mengenai cara-cara membuat kerepek pisang. Menulis ayat tunggal dan majmuk tentang cara-cara membuat kerepek pisang.
Penutup:
Murid merasa makanan yang berasaskan pisang yang dibawa tadi

Sistem Bahasa
Tatabahasa  -
 -  kata nama am
Pengisian Kurikulum:
Ilmu
-  Pendidikan Moral.

Nilai
-  Kasih sayang

KBT
1. TKP
  -  Kinestatik
2. EMK
  - Kreatif dan inovatif
3. KB
  - Menjanakan idea

Media:
Buku teks, kertas mahjong, gambar pokok pisang, bahan maujud.

Refleksi:
28/33 murid telah menguasai kemahiran.
5 orang murid diberi bimbingan.